Monday, January 31, 2011

Rumah Kampung

Kampung..

Selalunya bila kita sebut kampung, kita akan terbayang kehijauan persekitarannya, ketenangannya, masyarakatnya.. Macam-macam lagilah..

Namun, antara ciri-ciri kampung yang paling UM rindukan adalah ciri-ciri rumahnya.Rumah yang UM maksudkan adalah rumah kampung original, yang didirikan atas tiang daripada kayu, bertingkap terbuka, ada anjung..

Pada padangan UM, amat manis sekali rupa paras rumah kampung. Apatah lagi bila rumah kampung itu disekelilingnya landskap istimewa terdiri pohon kelapa, berjenis-jenis pohon buah-buahan dan dihiasi pula pokok-pokok bunga lama seperti pokok puding, bunga kertas, ati-ati dan macam-macam lagi. Rumah kampung sebegitu mengundang nostalgia ketika kanak-kanak dulu.

Tapi rumah kampung sebegitu dah semakin pupus hatta di kampung-kampung dan diganti dengan rumah batu yang didirikan terus atas tanah. Sama juga keadaanya di kampung UM sendiri. Rumah kampung banyak yang bertukar rupa kepada banglo seperti di bandar. Cantik, namun hilang ciri-ciri rumah kampung.

UM tidak pernah menghalang kemodenan mahupun menyalahkan mereka yang menukar rupa bentuk daripada rumah lama kepada rumah batu sebegitu.  Apatah lagi kini kos bagi membina dan menyelenggara rumah kayu lebih mahal daripada rumah batu.


Namun, UM berharap bagi mereka yang berkeupayaan agar meneruskan legasi rumah kampung, sekurang-kurangnya pada sebahagian rumah mereka. Sayang sekali jika cucu-cicit kita akan datang langsung tidak mengenali ciri-ciri rumah sedemikian.

Paling tidak pun, rumah kampung original sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati pemiliknya jika dibina bertiang, terutamanya bila musim hujan lebat.. dan membuatkan pemiliknya tersenyum bila menerima bil elektrik setiap hujung bulan kerana penjimatan daripada menggunakan kipas angin atau pendingin hawa.

Hmmm...


Gini la gaya orang yang dah tak de rumah kampung lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.