Monday, January 31, 2011

Its wet again

This morning a friend of mine informed me that she was lucky for being able to get away from Tenang, Labis. Most of her friends are still stranded there due to the flood caused by days of heavy rain.

It seems that the monsoon has struck again, though a bit late from its usual timetable.

I still remember those days when wet seasons used to arrive at year end. So, November and December of each year are vacated from any outdoor plannings.But now it seems days of heavy rain can come outside the monsoon time.


I have experienced flood many times (inclusive of flash flood), being evacuated for several times and have to stay at the common hall for weeks. I even almost lost my life due to heavy current during flood while rescuing my school uniform. My, the vast natural swimming pool looked alike is so unpredictable...

I hope I'm more prepared this season..

Are you?

Think Time

Have you ever experience those times when you feel you're suffocated by a particular person?

You want a break, but she/he clings to you. The harder you want to run, the faster she/he comes after you. You cannot hide for she/he will always find you.

Where on earth will you go to?

Sigh....

It is worse when the person you're suffocated by her/his action is someone dear to you.

Surprised?

Don't be.

Will you tell what to do?

For someone is out of breath now...



.

Rumah Kampung

Kampung..

Selalunya bila kita sebut kampung, kita akan terbayang kehijauan persekitarannya, ketenangannya, masyarakatnya.. Macam-macam lagilah..

Namun, antara ciri-ciri kampung yang paling UM rindukan adalah ciri-ciri rumahnya.Rumah yang UM maksudkan adalah rumah kampung original, yang didirikan atas tiang daripada kayu, bertingkap terbuka, ada anjung..

Pada padangan UM, amat manis sekali rupa paras rumah kampung. Apatah lagi bila rumah kampung itu disekelilingnya landskap istimewa terdiri pohon kelapa, berjenis-jenis pohon buah-buahan dan dihiasi pula pokok-pokok bunga lama seperti pokok puding, bunga kertas, ati-ati dan macam-macam lagi. Rumah kampung sebegitu mengundang nostalgia ketika kanak-kanak dulu.

Tapi rumah kampung sebegitu dah semakin pupus hatta di kampung-kampung dan diganti dengan rumah batu yang didirikan terus atas tanah. Sama juga keadaanya di kampung UM sendiri. Rumah kampung banyak yang bertukar rupa kepada banglo seperti di bandar. Cantik, namun hilang ciri-ciri rumah kampung.

UM tidak pernah menghalang kemodenan mahupun menyalahkan mereka yang menukar rupa bentuk daripada rumah lama kepada rumah batu sebegitu.  Apatah lagi kini kos bagi membina dan menyelenggara rumah kayu lebih mahal daripada rumah batu.


Namun, UM berharap bagi mereka yang berkeupayaan agar meneruskan legasi rumah kampung, sekurang-kurangnya pada sebahagian rumah mereka. Sayang sekali jika cucu-cicit kita akan datang langsung tidak mengenali ciri-ciri rumah sedemikian.

Paling tidak pun, rumah kampung original sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati pemiliknya jika dibina bertiang, terutamanya bila musim hujan lebat.. dan membuatkan pemiliknya tersenyum bila menerima bil elektrik setiap hujung bulan kerana penjimatan daripada menggunakan kipas angin atau pendingin hawa.

Hmmm...


Gini la gaya orang yang dah tak de rumah kampung lagi!!!

Friday, January 28, 2011

Hujan oh hujan

Hujan turun sejak malam semalam, kadangkala lebat kadangkala gerimis aje. Bila hujan diiringi angin, sejuknya memang la membuatkan mata terkelip-kelip selalu sebab menahan kelopak yang semakin memberat.

Hujan ada effect yang tersendiri pada Ungumaroon. Banyak peristiwa yang berlaku pada waktu hujan yang tak pernah gagal membuat UM tersenyum sendiri.

Peristiwa paling diingati adalah waktu UM belasan tahun waktu tu. UM dulu cukup suka bila arwah bapa ajak ke kebun. Satu hari tu masa kat kebun, hujan turun amatlah lebatnya. Berlarian-larian la UM dgn arwah bapa ke pondok kat tepi kolam tu. Lama tul tunggu, hujan tak berhenti2 jugak sedangkan hari dah makin lewat petang. Kelakarnya, arwah bapa ada bawa baju hujan, tapi ada kat bakul motor. Motor pulak letak nun atas bukit  +-100m dari pondok tu.

Arwah bapa mulanya suruh UM tunggu dlm pondok je, dia nak amek motor tu & dtg balik ke pondok amek UM, pas tu bole balik rumah. Chewahhh, UM dgn yakinnya cakap kat arwah, "tak payah la pak. Redah aje la ujan ni. Kita waterproof apa..."  So, kami pun meredah hujan ke motor dan balik ke rumah terus.

Nak tau, UM yang waterproof ni bila sampai rumah dah jadi macam statue of liberty, keras sebab kesejukan. Malam tu UM terus demam. Arwah bapak senyum meleret masa tengok UM telan panadol "la, tadi kata waterproof. Kok ni dah demam?".. hahaha, UM gelak sendiri... sampai sekarang UM tak leh lupa senyum arwah bapa waktu tu.

Sebab  tu hujan selalu buatkan UM tersenyum (melainkan kalau waktu hujan tu UM sedang memandu waktu malam, atau terperangkap dalam banjir kilat akibat hujan lebat, ha, waktu tu tak senyum sangat la).

Ni pun baru hujan. Emmm.. segarnya udara.. Eh, UM nak keluar menikmati kesegaran hujan lah... bye...

Suka sangat

Selama ni Ungumaroon ingat UM tak de bakat menanam pokok. Dulu pokok yang UM tanam selalunya tak panjang umur. Tangan panas, gitu la lebih kurang kesimpulan yang UM buat setiap kali memasukkan pokok kering ke dalam plastik sampah.



Tapi semenjak dua menjak ni, pokok bunga yang  UM tanam hidup melebihi jangkaan hayat kebiasaannya.              




Paling menggembirakan, si bunga cempaka
ni yang dah mula belajar berbunga. Semerbak
harumnya bila pintu dibuka waktu pagi.







Ungumaroon suka sangat!!!






Thursday, January 27, 2011

Mari bekerja!!!



Hari ni Ungumaroon mula kerja semula selepas cuti 2 hari. Mcm Monday blues plak dah!!!

Berharap ada di lokasi ni sekarang ...



Mujur UM pilih baju warna merah pagi tadi.

Pinjam semangat baju...  

 Senyum ajelah!!



Wednesday, January 26, 2011

Hidup indah..

hujung minggu yang nyaman,



di sini kami menyedut udara segar...



what a wonderful life... Alhamdulillah....











Karya dulu-dulu...

Cerita pasal dulu lagi... Kata orang, kalau asyik mengenang peristiwa lama, maknanya dah makin berusia (tua ke? tapi hati muda apa!)

Ini sajak yang Ungumaroon tulis untuk majalah kelas Tingkatan 5 Jingga. Masa tu, Cikgu Hamzah, guru kelas UM (kat mana dia sekarang agaknya?) siap hantar majalah kelas tu untuk dicetak. Katanya untuk kenang-kenangan. Tapi UM dah hilangkan majalah tu...

Tergelak bila ingat balik sajak tu... lebih kurang cam yang kat bawah nuuu...

Di saat mataku terbuka

Di sini,
Kau hadirkan erti hidup,
memandang alam luas,
langit tinggi,
menggunung cita.

Halaman ilmu,
yang diterokai generasi demi generasi,
yang diwarisi turunan demi turunan,
katamu, 
bahtera Nuh,
di laut kemurkaan Tuhan.

Di sini,
aku hadir lagi,
bersimpuh di serambi kasihmu,
buat menyatakan sejuta rasa,
bahawa,
di saat mataku terbuka,
alam semesta memelukku mesra. 



UM harap, karat yang dah melekat dalam kepala ni akan luntur dan moga UM boleh menulis lagi...

Kenangan lama...

Waktu zaman persekolahan dulu, pena dan kertas memang sahabat setia Ungumaroon. UM akan menulis setiap hari. Paling tidak, UM akan mencatat sesuatu dalam diari. Diari tu pulak cuma salah satu buku latihan lama yang masih berbaki halamannya.

Sewaktu hampir tiba perpisahan tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama di Seremban, seorang teman mencatat dalam buku autograph yang masih UM simpan hingga kini. Tulisnya "harap dapat baca novel tulisanmu bila dah tua2 nanti.."

Hmmmhhh...

22 tahun telah berlalu, belum nampak bayang harapan teman yang seorang ini dapat ditunaikan.

Mungkinkan tahun ini UM dapat memulakan sesuatu?

Tuesday, January 25, 2011

Emmm... syoknye!!!!

Yeay!!!! Hari ni Ungumaroon cuti!

Tak seperti kebiasaannya kalau waktu bercuti, hari ni UM cipta rule sendiri. UM tak call office. UM tak angkat call yang bukan family/friends related. UM tak bukak official email . UM betul-betul kosongkan kepala daripada fikir pasal kerja.

How liberating!





Monday, January 24, 2011

nak cuba ke tak nak?

nak cuba ke tak nak?

Soalan itu yang banyak kali menerkam kepala. Ungumaroon bukan techno savvy... internet pun cuma setakat pandai email (itu pun  bila nak buat attachment heboh panggil staf, minta tlg check dah ok ke belum.. hahaha..). Ada hp canggih, tapi stakat guna utk buat call & sms. (Ya, ini mengutuk diri sendiri namanya!)

Tapi Ungumaroon teringin nak ada blog sendiri.

Menggodeh internet setakat yg Ungumaroon tahu. Dan setelah beberapa lama... TADAAAAA... inilah blogku.

Ok.. ok.. memang simple gile.. tapi tak pe.. bagi peluang  Ungumaroon belajar lagi ye.. esok2 mana tau ada perkembangan bagus.

Ungumaroon mengundur diri dulu.